fbpx

Piala Dunia: Malaysia perlu kalahkan Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berdepan misi wajib menang ke atas Chile pada aksi sebentar lagi.

ROURKELA – Malaysia tiada pilihan selain wajib menewaskan Chile pada aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Hanya kemenangan ke atas pasukan No.22 dunia itu akan mencerahkan peluang Speedy Tigers untuk melepasi peringkat kumpulan selepas tewas 0-4 kepada Belanda pada aksi pembukaan kelmarin.

Penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman berjanji akan memberikan aksi terbaik menentang Chile dan pada masa sama tidak boleh memandang rendah kemampuan wakil Amerika Selatan itu.

“Kita tak boleh ambil mudah Chile walaupun mereka tewas 1-3 kepada New Zealand dan kita perlu terus berikan persembahan yang terbaik.

“Saya sendiri akan berikan yang terbaik kerana kemenangan esok (hari ini) amat penting buat Malaysia. Kita perlukan tiga mata dalam perlawanan ini.

“Saya harap semua rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami menentang Chile,” kata penjaga gol dari Terengganu itu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan kemenangan menjadi milik Malaysia dengan keputusan 5-1 ke atas Chile di Dublin, Ireland pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Selepas bertemu Chile, skuad bimbingan A. Arul Selvaraj akan ‘terbang’ ke Bhubaneswar untuk melengkapkan aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga pada Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI