fbpx

Perli Puteri Sarah, akaun Twitter kakak Ira Kazar ‘lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAN: Pemilik akaun Yasmin Kazar yang dipercayai kakak kepada Ira Kazar.

PETALING JAYA – Akaun Twitter dipercayai milik kakak kepada madu Puteri Sarah, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza ‘lesap’ dari platform media sosial tersebut.

Selepas meraih reaksi pelbagai gara-gara berkongsi beberapa ciapan didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam, akaun Twitter Yasmin sudah dinyahaktif.

Terdahulu, kakak Ira itu mempersoalkan tindakan Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang kerap memuatnaik hantaran dalam media sosialnya.

“Rosaklah perempuan-perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah-acah tersakiti dicurangi.

“Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?

“Agak lucu apabila kau siap ‘pinned’ fitnah daripada akaun palsu,” ciapnya.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, akaun Twitter Yasmin tidak lagi wujud dan bahkan, Instagram wanita itu juga sudah dinyahaktifkan dipercayai selepas mendapat kecaman daripada ramai pengguna media sosial.

Hari ini, Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI