fbpx

Peminat Chanyeol serang Instagram Jaehyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSTAGRAM Jaehyun (kanan) diserang peminat Chanyeol.

BEBERAPA peminat tegar Chanyeol daripada kumpulan EXO menyerang akaun media sosial milik penyanyi Jaehyun.

Hal tersebut berlaku disebabkan mereka mendakwa ahli NCT itu tidak menghormati seniornya, Chanyeol.

Dalam Instagram Jaehyun, peminat memenuhi ruangan komen dengan menulis kata-kata berunsur kebencian terhadap penyanyi berusia 26 itu.

Semuanya terjadi apabila ada sebuah artikel menyatakan bahawa Jaehyun merupakan artis Korea pertama yang dipilih menjadi model untuk kempen global Spring/Summer 2023 kelak.

Bagi peminat, Jaehyun seolah-olah merampas gelaran The First Prada Campaign Model daripada Chanyeol memandangkan dia merupakan model Prada 2020 Fall Winter/Linea Rossal Line sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI