fbpx

Pekerja kedai makan maut motosikal rempuh ‘King’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rostam Ghazalli meninggal dunia di lokasi selepas terlibat dalam nahas di Jalan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Dato’ Dol Said, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Rostam Ghazalli, 41, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Kelemak ke Alor Gajah.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Alor Gajah menghala ke Sekolah Rendah Naning membelok untuk masuk ke simpang kanan.

“Mangsa yang datang dari arah Kelemak bagaimanapun merempuh pintu sebelah penumpang kereta tersebut menyebabkannya parah.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta iaitu seorang suri rumah berusia 37 tahun turut cedera pada hidung dan menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI