fbpx

LIMA’23: Sasaran RM8 bilion nilai kontrak dan perolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md.Nor bergambar bersama sebahagian wakil-wakil penaja dan tetamu yang hadir selepas merasmikan LIMA'23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini. - Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini menyasarkan nilai kontrak dan perolehan berjumlah RM8 bilion pada acara dwitahunan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau yakin lebih banyak perjanjian persefahaman akan dimeterai antara negara-negara dan syarikat-syarikat sepanjang penganjuran pameran antarabangsa itu.

“Anggaran kita adalah RM7 bilion ke RM8 bilion memandangkan banyak negara di rantau Pasifik yang sedang meneliti dan menilai untuk membeli aset.

“LIMA ini menjadi tempat bertemu banyak pemain industri pertahanan, udara dan maritim sekali gus ia menjadi tumpuan utama untuk pemain industri meneroka, menjalin kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan teknologi,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran LIMA’23 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kali terakhir LIMA dianjurkan ialah pada 2019.

Ia sepatutnya berlangsung pada 2021, namun acara tersebut tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Kemunculan LIMA’23 merupakan satu acara dinanti-nantikan selain merupakan pameran pertahanan, udara dan maritim terbesar di Asia Pasifik. Sebanyak 600 jemputan yang mana 80 peratus menyatakan mereka akan datang sebagai pempamer,” ujarnya.

Penganjuran LIMA’23 akan melibatkan 600 jumlah pempamer (syarikat), 20 pavilion antarabangsa, 45,000 atau 238,000 pelawat perdagangan mahupun awam, 410 tetamu luar negara dari kira-kira 59 negara selain pameran melibatkan 110 aset udara serta 110 aset maritim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI