fbpx

Lelaki lalok pandu van tayar ‘berapi’ 10 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pichai mengaku mengambil tiga biji pil Yaba sebelum memulakan perjalanan. - Thaiger

BANGKOK –  Seorang lelaki berusia 29 tahun di Thailand ditahan polis selepas memandu sebuah van tanpa tayar depan di bahagian kiri kenderaan itu sejauh 10 kilometer (km), lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis menerima laporan mengenai van jenama Toyota Commuter daripada pengguna jalan raya sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Saksi melihat bahagian van tanpa satu tayar itu mengeluarkan percikan api ketika ia dipandu sejauh 10 kilometer di lebuh raya paling sibuk di Phuket, Thepkrasattri Road.

Berdasarkan nombor platnya, van itu dikenal pasti sebagai kenderaan pengangkutan awam yang didaftarkan di Phuket.

Polis Tha Chatchai telah menyediakan pusat pemeriksaan khusus di Mai Khao untuk menangkap lelaki berkenaan. Dia berjaya dihentikan dan ditangkap di lokasi kejadian.

Setelah digeledah polis, pemandu bernama Pichai Klomsanoh itu didapati memiliki 12 pil methamphetamine (dikenali sebagai Yaba di Thailand) dan mengaku mengambil tiga biji sebelum perjalanan.

Mereka membawanya ke Pusat Pemeriksaan Phuket di mana dia didapati positif dadah.

Dia dibawa dalam tahanan ke Balai Polis Tha Chatchai dan menghadapi pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah dan memiliki dadah kategori satu (methamphetamine). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI