fbpx

Gajah mengamuk selepas habitat kena ganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Jabatan Perhilitan memeriksa bangkai seekor gajah betina ditemui oleh penduduk kampung di tepi jalan berhampiran Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah tahun lalu.
WARTAWAN EKSEKUTIF, MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DUA kejadian pencerobohan gajah liar di kawasan perkampungan Orang Asli dan penempatan pekerja ladang dilaporkan berlaku di daerah Gua Musang dalam tempoh seminggu lalu.

Kejadian pertama berlaku di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke melibatkan seekor gajah liar yang menceroboh kawasan tersebut sebelum memusnahkan tanaman penduduk.

Kejadian sama turut berlaku di Felda Aring apabila seekor gajah bertindak memecah tingkap rumah pekerja ladang sebelum mengambil makanan di bahagian dapur rumah tersebut.

Bagaimanapun, kejadian gangguan gajah liar berlaku di Gua Musang tidak menyayat hati seperti kes di Kampung Tual, Pos Sinderut dekat Lipis, Pahang yang mengorban nyawa seorang remaja berusia 15 tahun.

Selain gajah, kejadian serangan haiwan liar seperti harimau dan beruang menjadi ancaman kepada masyarakat Orang Asli sejak sekian lama.

Masyarakat Orang Asli di Gua Musang percaya bahawa penero­kaan hutan yang tidak terkawal bagi kegiatan perladangan di kawasan Tanah Tinggi Lojing merupakan faktor terbesar yang menyebabkan ancaman gajah liar ke kawasan penempatan mereka.

Keadaan itu menyebabkan lebih 1,500 penduduk Orang Asli Kampung Mendrop, Kampung Insept, Kampung Jekjok, Kampung Cekau, Kampung Jedip, Kampung Char dan Kampung Brooke Lama diancam gajah liar.

Bagi kebanyakan Orang Asli, kehidupan di hutan yang dahulunya merupakan tempat bermain kini sudah tidak selamat.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) perlu membantu masyarakat Orang Asli di Gua Musang menyelesaikan masalah tersebut.

Berdasarkan situasi semasa, beliau mencadangkan agar satu kawasan khas seluas lebih 10 hektar diwartakan di dalam hutan yang menjadi tempat kepada haiwan liar terutamanya gajah, harimau dan beruang.

Katanya, banyak kawasan hutan terutamanya di bahagian Sungai Brooke yang boleh dijadikan lokasi bagi menarik haiwan-haiwan tersebut agar tidak menggangu penempatan manusia.

“Cadangan ini bukan mahu mengelakkan migrasi gajah-gajah liar. Ia merupakan satu kaedah bagi mengelakkan haiwan tersebut masuk ke kawasan awam.

“Pihak berwajib boleh membuat pagar-pagar khas yang dahaiwan itu ke kawasan Orang Asli. Cadangan ini dilihat sukar dilaksanakan, namun ia dapat mengelakkan sebarang musibah,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kawasan yang dahulunya menjadi laluan migrasi gajah liar sudah lenyap dan habis diteroka sehingga menyebabkan haiwan tersebut hilang arah tujuh.

Beliau berkata, tidak menjadi masalah untuk pihak kerajaan negeri mewartakan kawasan tertentu untuk haiwan liar.

“Krisis haiwan liar terutama­nya gajah dengan manusia di Gua Musang dilihat semakin parah apabila kegiatan pene­rokaan secara berleluasa di Lojing.

“Gajah yang mengganggu kawasan penempatan Orang Asli dipercayai berjalan sejauh lebih enam kilometer untuk memasuki pe­nempatan penduduk selepas laluan migrasi haiwan itu sudah dijadikan ladang sayur-sayuran.

“Jadi, jalan penyelesaian boleh dilakukan ketika ini adalah wartakan kawasan untuk menjadi tempat bermain bagi haiwan-haiwan itu. Jika tidak, masyarakat Orang Asli akan terus dibayangi rasa takut sampai bila-bila,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI