fbpx

Hamil kali kedua, Jessie J dihantui ketakutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESSIE J

PENYANYI terkenal Jessie J teruja apabila berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil anak pertama.

Kehamilan bintang berusia 35 tahun itu sekali gus mengubati luka jiwanya selepas mengalami keguguran pada November tahun lalu.

Ketika membuat pengumuman tersebut dalam Instagram miliknya, Jessie atau nama lengkapnya Jessica Ellen Cornish kelihatan hampir menangis kerana berasa terlalu gembira.

“Saya sangat gembira dengan kehamilan ini. Tolong mudahkan urusan saya. Sejujurnya hati saya sangat berbunga-bunga apabila mengetahui sudah hamil,” ujarnya.

Jauh di sudut hatinya, Jessie bagaimanapun turut mengakui bimbang dan takut jika dirinya mengalami keguguran seperti tahun lalu.

“Saya sebenarnya takut untuk berkongsi tentang berita gembira ini selepas apa yang dialami pada tahun lalu (keguguran),” ujarnya.

Penyanyi lagu Price Tag itu juga turut mendedahkan dia melalui proses kesuburan bagi mendapatkan zuriatnya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI