fbpx

Manchester United belum sedia impi gelaran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED melonjak ke kedudukan ketiga ketinggalan satu mata di belakang City selepas mencatat kemenangan 2-1 di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag masih belum bersedia untuk bercakap mengenai peluang pasukannya untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini biarpun berjaya membenam seteru setempat, Manchester City 2-1 di Old Trafford kelmarin.

United terlebih dahulu ketinggalan hasil jaringan Jack Grea­lish sebelum bangkit menerusi jaringan kontroversi Bruno Fernandes dan Marcus Rashford dalam tempoh tiga minit 46 saat untuk meraih tiga mata penuh.

Kemenangan itu menyaksikan United melonjak ke kedudukan ketiga, kurang satu mata berbanding City dan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal yang turun menentang Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

“Para peminat mungkin sudah mengimpikannya (kejua­raan EPL), tetapi kami belum lagi. Kami perlu terus berpegang kepada realiti bahawa cara kami beraksi perlu ditingkatkan,” ­katanya.

Biarpun berjaya menewaskan City, Ten Hag mengakui tidak gembira dengan komitmen diberikan pemainnya apabila skuad kendalian Pep Guardiola dilihat mendominasi permainan sebaik babak kedua bermula.

“Kami hilang banyak penguasaan bola dan motivasi pemain tiba-tiba sahaja hilang tanpa apa-apa sebab. Kami bersaing di liga yang paling sukar, perkara-perkara kecil akan memberikan impak besar,” jelasnya.

United ketika ini berjaya meraih kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua kejohanan dan menjadi satu-satunya pasukan dari England yang masih beraksi dalam empat kejohanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI