fbpx

Biadab, dia masih isteri orang – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE menempelak sikap seorang individu yang menjadikan isu Puteri Sarah dan Syamsul sebagai konten media sosial gurauan yang melampau batas.

PETALING JAYA – Krisis rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah yang kini sudah memasuki fasa di Mahkamah Syariah terus memancing tumpuan ramai.

Ketika beberapa gadis menawarkan diri sebagai calon madu isteri kedua Syamsul, Ira Kazar, terselit seorang pemuda yang berkongsi video kononnya dia pula bakal suami baharu Puteri Sarah.

Biarpun sekadar gurauan, hantaran pemuda itu meraih teguran penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan yang menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan biadab.

Katanya, tidak sepatutnya lelaki itu bergurau sedemikian kerana wanita yang dikatakan sebagai bakal jodohnya itu masih berstatus isteri orang.

“Minta maaf. Bagi saya, (perbuatan) ini agak biadablah. Kamu semua tak belajar ke apa. Dia masih status isteri orang,” kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu.

Terdahulu, kenyataan pemuda yang secara berjenaka mahu berkahwin dengan Puteri Sarah menjadi tular, malah ramai menyokongnya kerana beranggapan pelakon itu sudah sekian lama berada dalam hubungan toksik.

Menerusi video yang tular, pemuda berusia 26 tahun itu meletakkan gambar Syamsul pada awal video dengan kapsyen ‘Salam Sol’, disusuli dua keping gambarnya.

“Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” katanya dalam paparan berkenaan.

Biarpun cukup disedari bahawa perkongsian tersebut sekadar konten dan bukannya sesuatu bersifat serius, ramai meninggalkan komen positif dengan memberi sokongan terhadap jejaka yang dipercayai anak seorang pemain gitar sebuah kumpulan rock itu.

“Ha sudah, lagi hensem (kacak) daripada Sol,” kata seorang pengikut laman TikTok.

“Harap Sol tengok, biar dia tahu kalau lepaskan ada ramai tunggu. Lulus,” tulis pemilik akaun lain.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang berlanjutan sejak empat tahun lalu tiba di kemuncak apabila sutradara tersebut mendedahkan sudah bernikah di Thailand dengan Ira Kazar.

Selepas berbalas kenyataan di media sosial, hari ini Puteri Sarah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI