fbpx

[VIDEO] Bella Astillah takut gosip Aliff Aziz curang jadi doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA Astillah cuma mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai.

SHAH ALAM – Keghairahan khalayak yang tidak habis-habis memperkatakan gosip kecurangan Aliff Aziz dibimbangi bertukar menjadi doa.

Isteri Aliff, Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, orang ramai seharusnya mengeluarkan komen positif dan mendoakan hal yang baik-baik buat suaminya.

“Bila ada orang cakap benda tak baik tentang Aliff, saya takut semua itu menjadi satu doa. Saya sangat berharap tiada percakapan yang tidak baik diberikan terhadapnya.

“Aliff sedang berubah menjadi insan yang lebih baik begitu juga saya. Sebaik-baiknya berilah dia semangat,” katanya kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu kelima Famili Duo di sini malam tadi.

Pelakon berusia 28 tahun itu mengakui, semua gosip liar mengenai rumah tangganya memberi impak kepada keluarga mereka di Sabah dan Singapura.

Malah, dia juga kecewa dengan tindakan segelintir individu memanipulasi beberapa video dan foto lama miliknya yang tidak ada kena mengena dengan isu hangat mengenai Aliff ketika ini.

“Saya faham ada segelintir pihak yang prihatin terhadap saya dan ambil tahu serta risau saya disakiti. Saya hargai semua yang mesej beri kata-kata semangat menerusi Direct Message (DM).

“Namun, saya kecewa apabila muncul perkara yang tidak benar dan disebarkan dalam Facebook dan semua itu dibaca oleh keluarga kami di Sabah serta Singapura.

“Ibu bapa Aliff di Singapura juga masih bekerja, jadi ramai bertanya dan mempersoalkan pada mereka mengapa Aliff buat begitu pada saya.

“Saya tidak marah tapi harap menjadi iktibar buat semua. Saya kasihan pada keluarga kerana ramai bertanya pada mereka sedangkan cerita itu tak benar,” katanya lagi.

Sementara itu, Bella tidak menafikan bahawa gosip berkaitan rumah tangganya memberi kesan terhadap persembahannya sepanjang bertanding dalam Famili Duo termasuk juga hubungannya dengan Aliff.

“Ya, memang beri kesan tetapi inilah yang orang kata dugaan rumah tangga dalam bidang seni.

“Saya pun masih mentah dalam hubungan rumah tangga tetapi anggap semua ini sebagai satu ujian.

“Tiada rumah tangga yang sempurna dan kami pun sudah berbincang serta akan ikut apa sahaja aturan Tuhan selepas ini,” jelasnya

Dia turut berkongsi rasa gembira apabila melihat suami tercinta hadir menonton persembahannya dalam Famili Duo buat pertama kali malam tadi meskipu sedang sibuk dengan penggambaran.

“Setiap hari dia sibuk dengan penggambaran tetapi saya berterima kasih kepada pihak produksi sebab beri pelepasan padanya untuk hadir hari ini (semalam).

“Saya sangat hargai usahanya tapi tak pernah paksa dia untuk datang menonton persembahan saya. Gembira melihat kehadirannya,” jelasnya lagi.

Sebagai suami, Aliff sentiasa memberi semangat dan memintanya memberi fokus sepenuhnya terhadap Famili Duo ketika ini berbanding kontroversi yang melanda mereka.

“Dia ada cakap walau apapun yang terjadi, fokus dan buat terbaik untuk Famili Duo kemudian barulah berbincang mengenai kami,” ujarnya.

Sejak dua minggu lalu, rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bahan bualan ramai apabila Aliff didakwa curang sekali lagi dengan seorang pelakon wanita.

Khabar angin tersebut bagaimanapun dinafikan Bella menerusi satu hantaran Instagram baru-baru ini selain menyelar tindakan segelintir portal hiburan yang menyalahguna video miliknya.

Kontroversi sebegini bukan pertama kali melanda pasangan suami isteri kerana sebelum ini Aliff pernah terkait dengan beberapa isu curang dengan aktres wanita.

Bella juga pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh iddah. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Respons Bella Astillah berhubung kontroversi melibatkan rumah tangga dan dakwaan suaminya, Aliff Aziz curang sekali lagi. #beritatiktok #beritaterkini ♬ Pagodão do Birimbola (Tchubirabirom) – Os Quebradeiras & Machadez & Mousik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI