fbpx

Anwar menghadap Raja Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kiri) dan Anwar (kanan).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar beliau menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam sesi mengadap tersebut, beliau berbincang tentang soal pembangunan dan kemakmuran negara serta negeri Perlis.

“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis atas perkenan menerima patik menghadap hari ini di Istana Arau.

“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga DYMM Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku!,” ciapnya di akaun Twitternya.

Terdahulu media melaporkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah menghadap hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balai Menghadap Biru, Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut kenyataan Istana Arau, Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap sokongan dan komitmen yang tinggi daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyokong secara berterusan kerajaan negeri Perlis dalam segala aspek terutama sekali kebajikan dan pembangunan negeri serta rakyat.

Baginda penuh yakin Anwar sebagai Perdana Menteri akan terus komited membantu Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI