fbpx

171,000 kenderaan di Lebuh Raya KL-Karak mulai Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Polis Selangor mengenal pasti berapa lokasi di negeri ini akan mengalami kesesakan ekoran penduduk Lembah Klang pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina, Ahad ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, antara lokasi yang dijangka sesak adalah daerah Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor, Ampang Jaya dan Gombak.

“Lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kesesakan adalah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (Ampang Jaya), Plaza Tol Gombak (Gombak), Jalan Klang – Teluk Intan (Sabak Bernam, Klang Utara, Kuala Selangor),” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini.

Menurut Sasikala Devi, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur -Karak juga akan sesak kerana sebanyak 171,000 kenderaan akan menggunakan laluan tersebut pada Jumaat ini.

“Angka tersebut adalah jangkaan purata harian trafik puncak berbanding purata harian sebanyak 100,000 kenderaan setiap hari.

“Seramai 828 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh perayaan tersebut dan saman akan dikeluarkan bagi mereka yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya.

Mengulas mengenai kadar kemalangan, Sasikala Devi berkata, kemalangan di negeri ini menurun apabila 2,810 kemalangan direkodkan semasa Ops Selamat Tahun Baharu Cina pada 2022.

“Dalam tempoh sama pada 2020, sebanyak 4,184 kemalangan telah direkodkan diikuti sebanyak 21 kemalangan maut dalam tempoh perayaan yang sama tahun lalu, berbanding 22 kemalangan maut direkodkan pada 2020,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI