fbpx

Peserta kursus NIOSH meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar.

PUTRAJAYA – Seorang peserta yang sedang menjalani kursus di Ibu Pejabat Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Bangi disahkan meninggal dunia semalam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menerusi kenyataan akhbar hari ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa seorang daripada peserta yang sedang menjalani kursus latihan di Ibu Pejabat NIOSH, Bangi pada Sabtu, 14 Januari 2023 telah meninggal dunia.

“Saya bagi pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan NIOSH ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang D. Namasiwayam.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI