fbpx

Pesawat terhempas di Nepal, 16 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat dan pemerhati berkumpul di lokasi nahas pesawat di Pokhara. - AFP

KATHMANDU – Sebuah pesawat yang membawa 72 orang terhempas di Nepal, kata syarikat penerbangan Yeti Airlines dan seorang pegawai tempatan, dengan sekurang-kurangnya 16 mangsa dilaporkan maut.

“Terdapat 68 penumpang dan empat anak kapal. Operasi menyelamat sedang dijalankan, kami tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang terselamat,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, Sudarshan Bartaula kepada agensi berita AFP dalam laporan awal.

Menurut jurucakap tentera Nepal, beratus-ratus anggota penyelamat tiba di lokasi nahas bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat.

“Kami menjangkakan menemui lebih banyak mayat. Pesawat tersebut pecah kepada beberapa bahagian,” kata jurucakap tersebut, Krishna Bhandari seperti dilaporkan akhbar The Guardian.

Badan pesawat itu dilaporkan terbakar ketika petugas penyelamat cuba memadamkan kebakaran, kata pegawai tempatan, Gurudutta Dhakal.

“Anggota penyelamat sudah sampai ke sana dan cuba memadamkan kebakaran. Semua agensi kini menumpukan usaha memadamkan api dan menyelamatkan penumpang terlebih dahulu,” kata Dhakal.

Pesawat ATR 72 milik syarikat penerbangan Yeti Airlines dilaporkan berlepas ke bandar Pokhara dari Kathmandu apabila ia terhempas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara pada pagi ini, lapor akhbar Kathmandu Post.

Laporan awal menyatakan bahawa pesawat terbabit terhempas ketika cuba mendarat dalam keadaan cuaca buruk. Ia dikatakan terbakar sejurus terhempas di landasan.

Beberapa laporan menyebut 32 mayat mangsa telah ditemui dengan kerajaan Nepal memanggil satu mesyuarat kabinet susulan insiden itu. – AFP/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI