fbpx

Perak FC enggan belanja ikut nafsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADI FAYYADH sah mengikat kontrak bersama Perak FC musim depan selepas meninggalkan kelab lamanya di Jepun, Azul Claro Numazu. – FB PERAK THE BOS GAURUS

SEKALIPUN berjaya membawa pulang Hadi Fayyadh Abdul Razak dari kelab Jepun, Azul Claro Numazu, Perak FC tidak bercadang untuk berbelanja besar dan lebih selesa untuk bersiap mengikut kemampuan kewangan.

Menyedari penstrukturan baharu Liga Malaysia (Liga M) bermula musim 2023, pengurusan enggan mengikut jejak pasukan lain yang dilihat cukup ghairah untuk mendapatkan ramai pemain bintang.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pihaknya mahu menjadikan kestabilan pasukan sebagai perkara asas dan bukannya terikut-ikut trend pencabar lain.

“Selepas lihat beberapa sesi, sasaran amat tinggi, tetapi ini adalah percubaan baharu dan akan cuba dengan pendekatan baharu. Kita lihat kepada kestabilan, pemain muda perlu diberikan peluang untuk kita lahirkan pemain berkualiti.

“Tahun pertama kita tidak boleh belanja besar dan tidak akan ikut pasukan lain berbelanja besar.

“Kalau nak belanja besar kita kena ada pendapatan kerana kalau tidak susahlah,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih The Bos Gaurus, Lim Teong Kim juga mahu semua pihak sedia beri masa kepada pemain Perak FC untuk membuktikan kualiti yang mereka ada.

Bagaimanapun, bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu tetap menjanjikan peminat di negeri itu akan dapat melihat permainan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Semua persiapan berjalan lancar dan kita juga mahu bermain bola sepak dengan baik supaya penyokong yang datang rasa gembira.

“Kita pasukan baharu dan pasukan ini perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan cara permainan yang saya akan terap­kan. Kota Rom juga tidak dibina dalam tempoh sehari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI