fbpx

Pembangunan semula pekan lama Ipoh tidak melibatkan perobohan bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Yee (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian Bazar CNY 2023 di Lorong Seni@ Lorong Panglima di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menyusun strategi bagi membesarkan kawasan tumpuan pelancongan di sekitar pekan lama sebagai langkah persediaan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak Loh Sze Yee berkata, rancangan ini sedang dibuat untuk membangunkan dan mengembangkan kawasan pelancongan di kawasan pekan lama di bandar ini.

“Kami mahu melakukan sesuatu secara sistematik dan tidak mahu menempatkan semua pelancong di satu tempat. Kini, kami sedang cuba memindahkan beberapa aktiviti pelancongan ke Lorong Seni. Sebanyak 15 gerai akan dibuka di sini.

“Apabila kita merancang, kita perlu melihat kesan kepada kawasan itu. Pekan lama masih mempunyai banyak pejabat, dan mungkin ada masalah jika semua aktiviti tertumpu di sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Tahun Baharu Cina di Lorong Seni di sini hari ini.

Menurutnya, Gerbang Komersial Paloh yang telah dilancarkan pada Jumaat lalu juga akan menjadi satu lagi destinasi pelancongan di negeri ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Pekan Lama Ipoh tetap akan menjadi kawasan bersejarah dan struktur lama di kawasan itu tidak akan dirobohkan.

“Struktur luar bangunan tetap akan dipelihara kecuali bahagian dalaman yang akan dimodenkan mengikut trend semasa,” katanya.

Rumaizi berkata, MBI juga sedang menaik taraf Segi Tiga Pelancongan Ipoh bagi memulihkan industri pelancongan tempatan bagi menarik pelancong tempatan dan asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI