fbpx

Pelancong Switzerland ambil masa empat hari belajar tarian singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roberto bersama kumpulan Chin Woo Ipoh membuat persembahan gendang Cina pada Majlis Perasmian Bazar CNY 2023 di Lorong Seni@ Lorong Panglima di Ipoh hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pelancong yang berasal dari Switzerland, Roberto Pecorari mengambil masa kira-kira empat hari untuk belajar bermain dram dan mengambil bahagian dalam persembahan tarian singa di Bazar Tahun Baru Cina hari ini.

Dengan berpakaian serba hitam, lelaki berusia 56 tahun itu memukul gendang besar selama kira-kira setengah jam dalam persembahannya di Bazar Tahun Baru Cina di Lorong Seni @ Lorong Panglima di sini, hari ini.

Roberto mengakui bukan mudah untuk belajar dan bermain dram besar kerana memerlukan tenaga dan perlu diselaraskan dengan irama kerana dia tidak mempunyai latar belakang asas dalam mana-mana alat muzik.

Roberto berkata, dia telah menjadi ahli Persatuan Chin Woo di kampung halamannya sejak 2004 dan sebaik berada di sini, dia mengambil peluang melawat persatuan tersebut seterusnya memutuskan untuk belajar dan bermain dram.

“Setiba di Ipoh, saya pergi ke Persatuan Olahraga Chin Woo Cina Ipoh dan berkenalan dengan semua ahli di sini sebelum menyertai mereka dan mengambil bahagian dalam persembahan hari ini.

“Dulu di Switzerland, saya belajar karate dengan persatuan itu semasa kecil.

“Jadi apabila berada di Ipoh di sini, saya mengambil peluang untuk belajar dan bermain dram,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini hari ini.

Roberto berkata, dia tiba di Ipoh pada Rabu lalu dan akan tinggal di sini sehingga 17 Januari sebelum terbang pulang ke kampung halamannya.

“Ia adalah satu pengalaman yang baik untuk belajar dan bermain dram. Saya telah mengimpikan bermainnya dan tidak membuang masa apabila saya berada di Ipoh, terutamanya ketika orang ramai menyambut Tahun Baru Cina.

“Ia benar-benar hebat berada di sini dan saya berasa bertuah kerana dapat melakukan ini dengan sokongan daripada masyarakat dan orang ramai yang telah mengalu-alukan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI