fbpx

Liu Ying lega bapa tak lagi bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIU YING sempat bergambar bersama para peminat selepas perlawanan pertunjukan sempena majlis persaraannya semalam.

BEKAS pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying berkata, ayahnya, Goh Chak Wee tidak perlu risau lagi mengenai kecederaan yang dialami selepas mengumumkan persaraan sebagai pemain.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mendedahkan, ayahnya sentiasa me­nyatakan kebimbangan setiap kali beliau turun beraksi dalam kejohanan disertai.

Malah Liu Ying menjelaskan, ayahnya juga pernah mempersoalkan sama ada keputusannya untuk menjadi seorang pemain badminton berbaloi ataupun tidak dengan tahap kecederaan dialami.

“Saya ingat lagi bila dia (Chak Wee) ada cakap masa hantar saya pergi main badminton dan cedera sampai begini. Tak pasti keputusan itu betul atau tidak, tetapi sebagai seorang ayah, saya tahu hati dia sakit.

“Sekarang ayah dah boleh berada dalam keadaan lega dan tidak perlu risau lagi mengenai kecederaan saya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan pertunjukan pada majlis perpisahan di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Pada perlawanan tiga lawan tiga itu, Liu Ying bergandingan dengan Chan Peng Soon dan Cheah Liek Hou menentang Koo Kien Keat, Tan Boon Heong serta pemain Amerika Syarikat (AS), Zhang Beiwen.

Untuk rekod, pemain kelahiran Melaka itu mengalami beberapa kecederaan sepanjang bergelar pemain sehingga menyebabkan dia terpaksa menja­lani pembedahan lutut dan bahu pada 2014 serta 2017.

Sementara itu, Chak Wee tanpa­ berselindung mengakui, beliau sangat sedih kerana tidak dapat lagi menyaksikan kelibat anaknya itu dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini.

“Sudah tentu saya sangat sedih selepas ini kerana tidak ada peluang untuk tengok dia bermain lagi. Saya bangga dengan pencapaiannya, terutamanya ketika dia berada di podium Sukan Olimpik 2016,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI