fbpx

Budak 3 tahun ditemui mati lemas di dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas dia ditemui berada di dalam mesin basuh milik keluarganya di sebuah apartmen di timur laut Paris pada Khamis lalu. -Getty Images

PARIS – Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.

Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.

Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.

Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.

Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.

Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI