fbpx

Amerika berdepan risiko gagal bayar hutang negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YELLEN (kiri) ketika bertemu Presiden Zambia, Hakainde Hichilema di Washington pada 15 Disember 2022. -- AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mungkin perlu mengambil ‘langkah-langkah luar biasa’ bagi menghalang kegagalan untuk membayar hutangnya seawal minggu depan apabila Washington dijangka mencapai had siling pinjaman semasa yang ditetapkan oleh Kongres, kata Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dalam satu amaran kelmarin.

“Kegagalan untuk menunaikan tanggungjawab kerajaan akan mengakibatkan mudarat yang tidak dapat dipulihkan kepada ekonomi AS, kehidupan semua rakyat AS dan kestabilan kewangan global,” kata Yellen dalam sepucuk surat amaran kepada kepimpinan Kongres.

“AS dijangka mencapai siling hutangnya Khamis depan. Sebaik sahaja ini berlaku, Perbendaharaan perlu mula melaksanakan langkah-langkah luar biasa untuk mengelak AS gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya(membayar hutang negara),” tambah setiausaha berkenaan.

Bagaimanapun, kata Yellen, langkah sedemikian hanya berkesan untuk tempoh terhad, berkemungkinan tidak lebih dari enam bulan.

“Justeru, adalah kritikal untuk Kongres bertindak berdasarkan tempoh waktu dengan meningkatkan atau memansuhkan siling hutang negara,” ujarnya.

Wakil-wakil rakyat buntu berhubung isu tersebut dengan sebilangan pemimpin Republikan mendesak supaya siling hutang digunakan sebagai senjata untuk melaksanakan potongan perbelanjaan kerajaan iaitu langkah yang ditentang oleh barisan wakil rakyat Demokrat.

Perbendaharaan gagal menganggarkan secara tepat selama mana langkah luar biasa itu akan membolehkannya terus membayar hutang negara, kata Yellen.

Bagaimanapun, beliau memberi peringatan bahawa langkah tersebut tidak akan berkesan selepas awal Jun. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI