PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Di Kedah, hujan lebat dijangka berlaku di Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Kelantan hanya di Gua Musang.
“Di Terengganu meliputi Dungun dan Kemaman sementara Pahang, di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Kuantan,” katanya.
Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya katanya, cuaca buruk sama diramal berlaku di keseluruhan kawasan.
“Di Selangor pula kawasan terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, Negeri Sembilan hanya di Jelebu dan Seremban manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE