fbpx

900 juta rakyat China dijangkiti Covid-kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit Covid-19 berbaring di atas katil di Hospital Tangshan Gongren di bandar Tangshan, timur laut China pada 30 Disember 2022. - AFP

BEIJING – Kira-kira 900 juta penduduk di China dijangkiti Covid-19 setakat 11 Januari lalu, demikian menurut kajian oleh Universiti Peking seperti yang dilaporkan akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Laporan itu menganggarkan 64 peratus penduduk China dijangkiti koronavirus. Negara itu dianggarkan memiliki populasi 1.42 bilion setakat 2022.

Jangkitan tertinggi direkodkan di wilayah Gansu dengan 91 peratus penduduk, diikuti Yunnan (84 peratus) dan Qinghai (80 peratus).

Seorang pakar epidemiologi kanan China juga memberi amaran bahawa kes akan meningkat di kawasan pedalaman China sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bulan ini.

Kemuncak gelombang Covid-19 di China dijangka berlarutan selama dua hingga tiga bulan, tambah bekas ketua Pusat Kawalan Penyakit China, Zeng Guang.

Ratusan juta penduduk China dijangka pulang ke kampung halaman buat kali pertama sejak pandemik Covid-19 melanda, menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada 23 Januari ini.

Dalam pada itu, Beijing telah berhenti mengeluarkan statistik harian Covid-19 sejak dasar sifar Covid dihapuskan.

Akibatnya, hospital di bandar-bandar besar di mana kemudahan penjagaan kesihatan adalah lebih baik dan lebih mudah diakses, menjadi sesak dengan pesakit Covid-19 berikutan virus itu telah merebak ke seluruh negara.

Bercakap pada satu acara awal bulan ini, Guang berkata, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar, demikian kenyataan yang dilaporkan dalam saluran berita Caixin.

Ramai warga emas, orang sakit dan kurang upaya luar bandar dipinggirkan daripada akses rawatan Covid.

Henan merupakan satu-satunya wilayah yang mengeluarkan data kadar jangkitan. Awal bulan ini, seorang pegawai kesihatan di sana berkata, hampir 90 peratus penduduknya dijangkiti Covid-19 pada kadar sama di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai kerajaan berkata, banyak wilayah dan bandar telah melepasi kemuncak jangkitan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI