fbpx

YEG sasar lahir 1,000 tenaga mahir haji, umrah tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan (tengah) bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian YEG Sambung Belajar di Putrajaya tadi.

PUTRAJAYA- YEG Academy (YEG) menyasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 tenaga mahir dalam industri haji dan umrah sekali gus memenuhi kehendak pasaran yang disifatkan begitu memerlukan kemahiran berkenaan.

Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin berkata, sasaran melahirkan tenaga mahir itu bukan sahaja melibatkan kategori mutawif, sebaliknya turut merangkumi kumpulan yang menguruskan bahagian lapangan.

“Kita mahu lahirkan sekurangnya 1,000 tenaga mahir dalam industri haji dan umrah dan jumlah itu berperanan untuk menguruskan pasaran Malaysia.

“Peranan tenaga mahir itu bukan sekadar mutawif, tetapi turut melibatkan aspek pengurusan seperti menguruskan lapangan terbang, maktab penginapan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian YEG Pesta Sambung Belajar di sini tadi.

Katanya, golongan tenaga mahir itu akan dilahirkan menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di mana tempoh pengajian ialah sepanjang dua tahun enam bulan.

“Menariknya, mereka akan diajar mengenai pengurusan industri haji dan umrah selain akan menjalani latihan praktikal di Madinah.

“Jadi, ia bukan sekadar mempelajari aspek teori sahaja, tetapi diberi pendedahan untuk mempelajari pengalaman selama tiga hingga empat bulan untuk merasai pengalaman sebagai pemain industri di Madinah,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai aspek kebolehpasaran pelajar, Hasan berkata, graduan YEG Academy mempunyai kelebihan mendapat pekerjaan sejurus tamat belajar berdasarkan huhungan baik bersama pemain industri.

“Jika dilihat, daripada 10 pelajar kita yang dikenalkan kepada pemain industri seperti Andalusia Travel dan Tours dan Simply Umrah, sebanyak lapan daripadanya telah diterima masuk untuk bekerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI