fbpx

UMNO perlu semak semula agenda Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandak Ahmad ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 2022 (PAU2022) di sini hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – UMNO perlu menyemak semula Agenda Melayu selepas parti terbesar Melayu itu membuat keputusan untuk menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Perwakilan UMNO Johor, Datuk Pandak Ahmad berkata, ia harus bermula dengan UMNO bagi mengembalikan kepercayaan sebilangan besar orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar.

“Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk memperkukuhkan semula kekuatan UMNO, roh perjuangan dan ideologi parti perlu diperkuatkan agar UMNO dapat menguasai semula naratif politik Melayu.

“Sebenar UMNO merupakan parti yang sudah lama berjasa. Keberadaan parti ini selepas PRU-15 merupakan satu kejanggalan politik yang tidak dapat dielakkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 2022 (PAU2022) di sini hari ini.

Tambah Pandak, UMNO sudah tiada lagi pilihan selain daripada menerima dan melakukan yang terbaik untuk memperbaharui semula parti keramat Melayu itu.

“Tanggungjawab kita sendiri untuk parti ini dapat dipulihkan semula. Semoga roh perjuangan dan ideologi parti sentiasa hidup, segar dan sentiasa mekar, merentasi masa hadapan yang masih belum sempurna riwayatnya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI