fbpx

Tuduhan komplot ‘Dewan Merdeka’ KJ memalukan, tidak matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Zulkarnain

KUALA LUMPUR – Dakwaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ menjelang usul jawatan tertinggi petang ini untuk tidak dipertandingkan disifatkan sebagai memalukan dan tidak matang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, tuduhan seperti itu bukan suatu perkara yang baharu, namun ia juga pernah berlaku sebelum ini setiap kali pemilihan jawatan tertinggi parti berkenaan.

“Saya fikir ini satu kenyataan cukup memalukan. Saya rasa ini tidak boleh disebut dalam perhimpunan agung yang patut kita angkat darjatnya.

“Saya berfikir secara profesional kita mesti terima keputusan perwakilan. Jangan bila keputusan itu memihak kepada kita, kita kata itu yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Khairy Jamaluddin mendakwa wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ bertujuan meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy mendakwa, beberapa tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka telah ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena PAU2022.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai hasrat Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Beliau berkata, keputusan itu perlu dihormati oleh semua pihak.

“Itu keputusan Asyraf dan kita perlu hormati keputusannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI