fbpx

Tambahan 12 lorong RFID secara berperingkat di 11 plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedia menambah 12 lagi lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) secara berperingkat melibatkan 11 plaza tol utama.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, antara yang terlibat adalah Plaza Tol Rawang Selatan, Setia Alam, Kubang Semang, Subang, Putra Mahkota, Shah Alam, Jalan Duta, Jambatan Pulau Pinang, Sungai Buloh, Sungai Besi, dan Kajang.

“PLUS ambil maklum dan menyambut baik pengumuman oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia semalam berkenaan penambahan lorong RFID.

“PLUS sentiasa menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi kesejahteraan, keselesaan dan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, PLUS menjangka kesemua proses penambahan lorong RFID tersebut akan siap secara berperingkat menjelang pertengahan April tahun ini.

“PLUS juga menasihatkan semua pengguna RFID untuk sentiasa menggunakan lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol.

“Pastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar,” ujarnya.

Terdahulu, Alexander memaklumkan pihaknya telah memanggil wakil dari Kumpulan Touch ‘n Go Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS pagi semalam bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai isu RFID.

Katanya, dalam perjumpaan itu pihaknya telah mengarahkan tindakan diambil secepat mungkin yang menjurus kepada penyelesaian masalah di samping memastikan keselamatan semua pihak terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI