“MACAM-macam gelaran yang anda semua beri pada saya ya seperti Hantu Kak Limah junior dan Mas Idayu Junior.”
Demikian respons Ayda Jebat apabila penampilannya sebagai penyanyi rock pada konsert minggu keempat program realiti Famili Duo baru-baru ini meraih pelbagai reaksi ramai.
Menurut penonton program tersebut, mereka terhibur dengan fesyen rambut palsu yang dipakai Ayda kerana mengingatkan kepada watak filem popular iaitu Hantu Kak Limah.
Tidak kurang juga ada yang menggelarnya sebagai Mas Idayu junior dan hantu Suzana yang popular dalam filem seram di Indonesia.
“Ini bukan penyanyi rock tetapi penyanyi hantu. Sekali pandang memang macam kak Limah.
“Terkejut! Ingatkan Suzana sundel bolong tadi, rupa-rupanya Ayda Jebat,” komen netizen.