fbpx

Sakitnya dengar makna cinta Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA Nick antara rakan selebriti paling lantang memberi sokongan buat Puteri Sarah.

SEPERTINYA ada dendam yang membara tersimpan di dalam hatinya. Itu yang boleh digambarkan tentang definisi cinta oleh Janna Nick.

“Cinta itu adalah satu perasaan yang agung.

“Namun apa guna cinta dan segala janji manis kalau semuanya berakhir dengan sebuah kecurangan,” kata Janna ketika mengacarakan program Famili Duo minggu lalu.

Disangka akan dikecam, sebaliknya yang berlaku apabila ramai sependapat dengan kata-kata pelantun lagu Gatal itu.

Selain itu, ada yang menganggap makna cinta daripada Janna itu dipengaruhi oleh rasa marah terhadap kemelut rumah tangga rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana.

“Awal-awal agak berbunga-bunga tetapi kedengaran ‘pedih’ pada penghujungnya,” kata netizen.

Video yang dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok itu meraih lebih 200,000 tontonan dan 11,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI