fbpx

“Rider’ hilang Isnin lalu sudah pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faisal yang hilang sejak Isnin lalu dilaporkan telah pulang ke rumah pagi tadi

PETALING JAYA – Setelah empat hari hilang tanpa sebarang berita, akhirnya penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhammad Faisal dilaporkan sudah pulang ke rumahnya pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi Kosmo! tengah hari tadi.

“Saya telah dimaklumkan oleh isteri Muhammad Faisal sendiri bahawa suaminya telah pulang ke rumah pagi tadi.

“Setakat ini, hanya itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan kepada semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @dannyslov3r turut berkongsi maklumat mengenai kepulangan penghantar makanan berkenaan.

“Dia (Faisal) dah balik pukul 11 pagi tadi. Terima kasih.

“Saya tiada Twitter, tolong maklumkan kepada semua,” tulis individu terbabit.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita buntu apabila suaminya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu (9 Januari) tanpa sebarang berita.

Menurut wanita itu yang dikenali sebagai Nur Malrah menerusi Facebook memberitahu bahawa laporan polis juga telah dibuat bagi mengesan keberadaannya.

Dalam hantaran sama, dia memberitahu keadaan bertambah sukar kerana suaminya tidak dapat dihubungi ekoran telefon bimbitnya yang tidak aktif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI