KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia pagi tadi.
Difahamkan, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.
Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri.
Sebagai rekod, sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP dan dikenali sebagai seorang yang aktif memperjuang kebajikan masyarakat terutamanya kaum India. – KOSMO! ONLINE