fbpx

PM ucap selamat ulang tahun hari keputeraan Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsikan di Facebook dan Twitter rasmi Anwar hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Anwar menzahirkan ucapan itu kepada baginda melalui akaun Facebook dan Twitter rasminya.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama,” katanya.

Tambah Anwar lagi, beliau dan seluruh rakyat Malaysia akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap negara tercinta ini.

“Dirgahayu Tuanku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI