fbpx

PM titip doa buat skuad hoki negara bertanding di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsikan di Facebook dan Twitter rasmi Anwar hari ini.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa kepada skuad hoki negara yang bakal mempamerkan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 yang diadakan di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga berharap agar Skuad Speedy Tigers yang akan bertemu pasukan Belanda petang ini dapat mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

“Selamat berjuang saya ucapkan kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

“Skuad The Speedy Tigers akan bertemu Belanda pada petang ini sebelum dijadual menentang Chile pada 16 Januari dan New Zealand pada 19 Januari.

“Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan tinggi kepada pasukan kendalian saudara Arul Selvaraj untuk mampu pamer aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini,” katanya tadi.

Anwar turut mendoakan kejayaan bakal dikecapi pasukan Speedy Tigers selain mengharapkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI