JAKARTA – Seorang pendaki yang sedang melakukan pendakian ke puncak Gunung Salak di Jawa Barat terkejut apabila melihat lembaga putih mirip kuntilanak, lapor portal berita taman pendidikan semalam.
Dia melihat lembaga itu walaupun melakukan pendakian pada waktu siang, malah sempat merakamkan imej seram tersebut dari jarak jauh baru-baru ini.
Imej itu dimuat naik di media sosial dan dapat dilihat menerusi akaun Instagram @pendakibansel.
Ramai netizen terkejut melihat rakaman video pendek yang dimuat naik oleh pendaki tersebut dan ada sebilangan mereka menyatakan gemar mendengar kisah mistik gunung tersebut.
Gunuhg Salak setinggi 2,211 meter merupakan sebuah gunung berapi yang terletak lebih 40 kilometer (km) dari bandar Bogor dan suhu sekitar kawasan itu sejuk.
Menurut portal Oketravel, Gunung Salak dianggap sebagai salah satu tempat yang suci oleh masyarakat setempat dan bagi yang kerap mendakinya, mereka diminta supaya menjaga sikap dan pertuturan. – Agensi