fbpx

Pelajar sekolah lemas mandi di Tasik Cermin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mangsa ke dalam bot di Tasik Cermin.

SHAH ALAM – Kegembiraan tujuh remaja lelaki mandi di Tasik Cermin di Setia Alam berakhir tragedi dengan seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini.

Mangsa dikenali Muhammad Khairul Hamizan Mustapa,16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah ditemui pukul 2.15 petang kira-kira 4.5 meter daripada tebing tasik.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.16 tengah hari.

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa bersama enam rakannya yang kesemuanya berusia 16 tahun mandi di tasik tersebut.

“Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka dilaporkan hilang ketika mandi dipercayai lemas.

“Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan bomba kemudiannya menemukan mangsa kira-kira 4.5 meter dari tebing tasik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI