fbpx

Nenek terkejut, MyKad cucu OKU diserahkan sendiri KP JPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohana menunjukkan MyKad Nur Aleeya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Godek, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Sebak hati seorang nenek apabila urusan cucunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal dan terlantar untuk mempunyai MyKad dipermudahkan, malah diserahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Rohana Ariffin, 58, dia tidak menyangka JPN menyediakan kemudahan itu di bawah Program Mekar Ehsan, di mana pegawai dari jabatan berkenaan akan turun padang membantu individu memerlukan untuk membuat permohonan.

Ujarnya, dia membuat permohonan untuk cucunya, Nur Aleeya Ammar, 12, pada 5 Januari lalu dan menerima kunjungan pegawai JPN pada keesokkan harinya bagi membantu mengisi maklumat diperlukan untuk tujuan pengeluaran MyKad.

“Saya bersyukur dan tidak sangka, JPN mempunyai kemudahan seperti ini kerana sebelum itu saya memang risau serta susah hati memikirkan bagaimana ingin membawa Nur Aleeya membuat MyKad.

“Aleeya ini tidak boleh berjalan dan terlantar selepas mengalami masalah pada bahagian otaknya sejak berusia empat tahun,” katanya ketika ditemui pemberita pada program penyerahan MyKad itu dikediamannya di Bukit Godek, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rohana memberitahu, cucunya itu dilahirkan normal, namun kehidupan kanak-kanak berkenaan berubah selepas terjatuh dan mengalami gegaran otak yang turut menjejaskan saraf tubuh badannya.

“Dulu masa dia masih kecil, saya bolehlah dukungnya untuk bawa ke hospital atau urusan lain tetapi sekarang Aleeya pun semakin membesar, memang sulit untuk membawanya keluar dari rumah.

“Aleeya merupakan anak sulung, empat adiknya tinggal bersama ibu dan ayah mereka yang bekerja di Selangor, dia ni memerlukan perhatian 24 jam sebab itulah saya menjaganya,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslin ketika ditemui pemberita memberitahu, di bawah program tersebut sebanyak 292,999 permohonan telah diselesaikan membabitkan golongan OKU, warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman sejak 2013.

Katanya, kesemua kad pengenalan itu diserahkan menerusi 14,340 program yang diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap rakyat mempunyai MyKad serta menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI