fbpx

KKD lancar kempen perangi jenayah siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ni Cheng (dua dari kanan) menyampaikan bantuan banjir KKD kepada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menjalin kerjasama dengan penyelia platform media sosial untuk memerangi jenayah siber di media sosial yang kian serius sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri KKD, Teo Ni Ching berkata, hampir RM600 juta kerugian melibatkan pelbagai kes jenayah siber terutamanya penipuan atas talian telah direkodkan di negara ini sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, KKD dengan bantuan penyedia platform media sosial menjadikan kesedaran pengguna media sosial terhadap jenayah siber sebagai antara agenda utama pada tahun ini.

“KKD mahu membantu masyarakat agar lebih celik IT (teknologi maklumat) kerana jenayah siber semakin menjadi-jadi di negara ini.

“Kita sudah berjumpa penyedia platform (media sosial) seperti Tiktok. Mereka bersetuju untuk menyampaikan mesej kepada pengguna melalui program ‘Stop For 3 Second’ yang bakal dilancarkan pada bulan Februari atau Mac ini,” katanya Taman Desa Tanjung Damai di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan pasca banjir KKD kepada lebih 1,000 mangsa banjir.

Ni Ching menjelaskan program ‘Stop For 3 Second’ bertujuan memperkenalkan mekanisme kepada pengguna untuk mengetahui kesahihan setiap maklumat diterima di media sosial.

Tambah beliau, penyedia platform media sosial lain juga akan membantu mempromosikan talian hotline 997 iaitu Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang beroperasi 12 jam sehari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI