fbpx

Kekurangan mikrocip, JPN tangguh pengeluaran MyKid 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin (kiri dari kiri) menyerahkan MyKad kepada penjaga Nur Aleeya, Rohana Ariffin, 58, pada Program Mekar Ehsan JPN Melaka di Bukit Godek, Melaka, hari ini. -Foto SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa membuat penangguhan sementara pengeluaran kad MyKid selama enam bulan bagi melaksanakan proses perolehan baharu, susulan isu kekurangan bekalan mikrocip diperingkat global.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagaimanapun proses pendaftaran bagi permohonan kad pengenalan kanak-kanak tersebut akan berjalan seperti biasa.

Ujarnya, kini JPN sedang berusaha untuk menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid yang dihadapi jabatan itu sejak industri pengeluaran mikrocip global terjejas akibat Covid-19.

“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakkan pengeluaran disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global, kerana MyKid ini menggunakannya.

“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid, bagaimanapun proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Serahan MyKad kepada pemohon kurang upaya, Nur Aleeya Ammar di bawah Program MEKAR Ehsan JPN Melaka di Bukit Godek, di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun kad MyKid itu akan dikeluarkan secara berperingkat menggunakan bekalan stok yang masih ada, namun keutamaan diberikan kepada kes-kes tertunggak.

Mengulas lanjut beliau berkata, susulan isu tersebut, rakyat dan semua agensi kerajaan serta swasta disarankan untuk mengguna pakai sijil kelahiran anak sebagai pengganti atau dokumen pengenalan diri.

“Saya juga menyeru kepada semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak, sama ada kegunaan sekolah atau pusat kesihatan.

“Jangan ingat Mykid satu-satunya dokumen diiktiraf kerana sijil kelahiran juga dokumen sah dikeluarkan kerajaan, saya juga mohon ibu bapa agar bersabar, kita faham ada rungutan dan JPN sedang berusaha mempercepatkan proses ini,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI