KUALA LUMPUR – Perwakilan UMNO meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini.
Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).
“Hampir 90 peratus perwakilan menyokong usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti.
“Keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan,” katanya pada sidang media di Laman Media PAU2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. – KOSMO! ONLINE