fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Perak, Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga buah negeri pagi ini ekoran cuaca buruk yang diramal melanda beberapa daerah sehingga pukul 10 pagi nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook melaporkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Pantai Timur pula, antara kawasan yang berisiko adalah Gua Musang, Kelantan serta dua daerah sekitar Pahang iaitu Lipis dan Jerantut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI