SEBELUM ini, keluarga Que Haidar tular dalam media sosial kerana kecantikan yang dimiliki dua anak perempuannya iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
Terbaharu, mereka sekeluarga tular sekali lagi apabila foto bertemakan gaya zaman 1950-an meraih pujian ramai dalam media sosial.
Menerusi foto tersebut, Que bersama isterinya, Linda Jasmin dan dua anak perempuan mereka menggayakan busana persis ala bangsawan ketika hadir ke sebuah acara baru-baru ini.
Rata-rata netizen tidak berhenti memuji foto tersebut ditambah pula dengan kejelitaan dua anak perempuan mereka.
“Ini baru betul-betul klasik! Terima kasih Que sebab membawa kami kembali ke zaman 1950-an,” komen netizen.
“Muka anak-anak Que dan Linda memang klasik dan sangat sesuai dengan tema sebegini,” puji pengguna TikTok.