fbpx

EPL: Keyakinan Manchester United makin memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED turun dengan misi untuk membalas kekalahan pada aksi pertama di Etihad sebelum ini ketika prestasi mereka berada pada tahap terbaik ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Manchester United kini sedang menggalas tugas serampang dua mata pada aksi derbi Manchester ketika mereka bakal melayan Manchester City di Old Trafford, malam ini.

Selain memburu kemenangan untuk membuka peluang lebih baik mencabar kejuaraan musim ini, United juga mahu menjadikan perlawanan ini sebagai detik terbaik buat para peminat untuk mereka kembali yakin dengan kualiti dimiliki pasukan tersebut.

Selepas melalui beberapa musim yang mengecewakan dalam pasaran perpindahan, United terdesak untuk mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan bagi memboleh­kan mereka memberikan keyakinan dan memujuk pemain-pemain yang menjadi buruan untuk menyertai mereka.

Pemain pertahanan United, Lisandro Martinez menjelaskan kejayaannya menjulang trofi Pia­la Dunia akan menjadikannya sebagai pemain yang lebih baik bagi membantu United memburu kejuaraan selepas ini.

“Sekarang saya sudah kembali ke kelab dan sedia untuk beri segala-galanya. Memang agak pelik apabila Piala Dunia diadakan ketika musim sedang berjalan, namun sebagai pemain kami perlu sesuaikan diri.

“Seperti saya katakan, kami perlu sentiasa bersedia untuk tampil lebih baik. United perlu kembali ke tempat yang sepatutnya kami berada,” katanya.

Bekas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand mengakui bahawa beliau tidak lagi menonton aksi United dalam ‘ketakutan’ seperti sebelum ini kerana persembahan pasukan itu dianggapnya sudah berubah.

Situasi itu menyebabkan Ferdinand yakin bahawa United kali ini mampu melakar kejutan menewaskan City pada aksi malam ini.

“Tidak ada lagi perasaan panik untuk kami menonton perlawanan melibatkan United. Para pemain juga beraksi dengan tenang.

Pengurus berjaya membina setiap individu yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk kolektif.

“Anda boleh lihat bagaimana keyakinan pemain mula mening­kat. Mereka telah dipecahkan menjadi satu persatu dan kemudian Ten Hag kembali menyusun mereka untuk menjadi pasukan yang lebih teratur dan kuat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI