NAIROBI – Seorang lelaki berusia 50 tahun di Kenya yang mengaku berkahwin dengan budak perempuan berumur sembilan tahun telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, lapor portal berita Daily Monitor semalam.
Saigulu Ololosereka dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Narok selepas dia dapati menyebabkan gadis itu hamil selepas mengahwininya.
Semasa membuat pengakuan pada 9 Januari lalu, Ololosereka berkata, dia mengahwini budak perempuan itu pada 2019 ketika isterinya baru berumur sembilan tahun dan bergelar isteri keempatnya.
Gadis itu kini berusia 12 tahun dan masih menjalani rawatan di sebuah hospital di Narok selepas menjalani pembedahan Caeserian setelah mengalami kesukaran melahirkan anak.
Semasa menyampaikan penghakiman, Hakim Phyllis Shinyada menyifatkan tertuduh sebagai tidak menyesali perbuatan itu dan menyebabkan gadis tersebut menderita secara fizikal dan psikologi. – Agensi