fbpx

‘Bukan anak kembar kali ini, mungkin lain kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi keadaan anak ketujuh mereka yang kini sudah memasuki 12 minggu dalam kandungan.

PETALING JAYA – Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha memaklumkan dia dan isterinya bakal menerima cahaya mata ketujuh mereka, namun bukan kembar.

Beliau berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya semalam selepas membawa isterinya membuat pemeriksaan kandungan.

Pada masa sama, Dr. Sheikh Muszaphar memuat naik video menunjukkan mereka membuat pemeriksaan jantung bayi yang kini berusia 12 minggu.

Beliau turut meluahkan hasratnya untuk memiliki anak kembar lagi, tetapi tidak kesampaian kerana hanya ada satu degupan jantung bayi dikesan ketika pemeriksaan kandungan.

“Bukan kembar kali ini. Saya minta Dr. Imelda untuk mencari anak kembar seorang lagi, mungkin sorok dibelakang uterus.

“Tetapi doktor cakap hanya ada satu degupan jantung. Tetap bersyukur, Alhamdulillah. Maybe next one (Mungkin lain kali),” tulisnya.

Katanya lagi, keadaan bayinya itu dilihat membesar seperti saiz sebiji buah pear dan degupan jantungnya kedengaran sangat kuat.

Selain itu, bacaan gula isterinya juga berada pada paras yang kurang baik disebabkan kurang mendapat rehat secukupnya.

“Tahap gula Dr. Halina (isteri) perlu dipantau, kemungkinan tak cukup tidur sebab kuat bekerja sehingga pukul 12 tengah malam masih di hospital,” katanya ketika berkongsi keadaan isterinya itu.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kandungan tersebut selamat dan urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI