fbpx

Bina kembali UMNO yang rosak – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

KUALA LUMPUR – “Pulanglah ke bahagian masing-masing dan bina semula UMNO yang telah punah dalam pilihan raya yang lalu,” jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Menteri Pertahanan itu berkata, semua perwakilan dan ketua-ketua bahagian yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kali ini perlu terus membina semula parti yang telah ‘rosak’ sebelum ini.

“Semua ketua bahagian pulanglah ke bahagian masing-masing. Kita bina semula parti kita yang telah punah dan rosak sebelum ini.

“Bina semula UMNO yang kita sayang dan menangi kembali hati pengundi dan penyokong kita,” kata beliau ketika sesi Penggulungan Ucapan Timbalan Presiden dalam PAU2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI