fbpx

Bimbang orang muda semakin jauh daripada UMNO – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kiri) pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022)

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dalam pemilihan akan datang dibimbangi menghakis kepercayaan orang muda terhadap UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut jelas bertentangan dengan proses peremajaan parti yang mahu mengembalikan dan menarik sokongan orang muda.

“Saya bimbang orang muda yang mahu kembali percaya kepada parti. Kita bercakap soal demokrasi, tetapi keputusan bertentangan dengan idealisme mereka.

“Keputusan itu juga menyebabkan orang muda kurang keyakinan. Kita bercakap soal tarik orang muda, tetapi tindakan ini sebenarnya menjauhkan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI