fbpx

‘Beri kami peluang, ruang tadbir parti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kiri) semasa menghadiri PAU 2022 kelmarin

KUALA LUMPUR – Seluruh ahli UMNO diminta memberi peluang dan ruang kepada pucuk pimpinan parti bagi menerokai dinamik politik semasa negara bagi memastikan kelangsungan UMNO.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemandirian parti itu merupakan satu keutamaan ketika ini dalam memastikan UMNO dapat memulakan langkah terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kena beri peluang untuk parti mengurus, mengorak langkah perlahan-lahan, kita kalah, kita bukan pemenang tetapi disebabkan oleh kita dan diberi Allah sedikit ruang lagi untuk dapat bersama kerajaan walaupun kita hanya 30 kerusi.

“Jadi beri kami peluang kerana parti-parti lain dalam negara ini semua sudah pernah duduk bersama, cuma kita sahaja belum pernah duduk bersama dan kita lihat bagaimana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tambah Mohamad, walaupun UMNO bersama dalam Kerajaan Perpaduan ia tidak bermakna parti itu bergabung dengan parti lain dalam kerajaan yang dibentuk.

“Kerjasama dalam kerajaan itu adalah untuk mengurus negara dan saya selaku anggota kabinet daripada UMNO akan cuba sedaya upaya memastikan prestasi Kerajaan Perpaduan dipertingkatkan demi rakyat.

Dalam pada itu, selaku Pengarah Pilihan Raya bagi menghadapi enam pilihan raya negeri akan datang, katanya, dia dan rakan UMNO lain akan memikul tanggungjawab sebaiknya dengan mengambil kira pengalaman PRU15 dan PRU14.

“Saya minta satu sahaja untuk tuan dan puan balik ke kawasan kita masing-masing, bina semula tembok kita yang pecah.

“Mari kita pungut batu-bata yang bersepah, yang berderai untuk kita bina semula benteng UMNO dan bangunkan benteng baru pada PRU16 nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI