fbpx

Bantuan sekolah RM150 diagih Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Seramai tiga juta murid yang memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tanpa mengira had pendapatan ibu bapa akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang mulai Isnin ini.

Bagi sesetengah sekolah wang bantuan itu telah diagihkan sejak minggu lalu.

Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Pembayaran BAP itu akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian dibuat secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat ketika pembentangan Belanjawan 2022 berkata, bantuan itu memperuntukkan sejumlah RM450 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI