fbpx

Ahmad Zahid ulang pendirian ‘ready to fight’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
hmad Zahid beramah mesra bersama media ketika lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.- Foto AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi pendirian bersedia menandingi jawatan tertinggi UMNO sekiranya ia dipertandingkan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata secara ringkas ‘ready to fight’ selepas bertemu petugas media di laman media Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di sini, hari ini.

“Sedia untuk bertanding ‘ready to fight’,” ringkasnya.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid memberi ucapan ringkas ‘ready to fight’ ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaludiin Abu Bakar.

Melalui satu video yang dimuat naik melalui Instagram Khairy Jamaluddin, Ahmad Zahid mengucapkan perkataan ringkas tersebut ketika bersalaman dengan bekas Menteri Kesihatan semasa hadir pada PAU2022 pada 11 Januari lalu (Rabu lalu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI