fbpx

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mendiang Ramesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berkongsi gambar kenangan terakhir bersama mendiang Ramesh di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao yang meninggal dunia pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pemergian pegawai khasnya itu adalah satu kehilangan besar kerana mendiang telah berkhidmat dengan baik.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga pejabat TPM dan KKDW menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Ramesh Rao Krishna Naidu yang meninggal dunia pada awal pagi ini.

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi.

“Saya amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa beliau berkhidmat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, mendiang Ramesh dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI